Hayato-Chan - Prestasi Merosot

Monday, November 1

Team Hayato-chan yang pada minggu pertama merupakan team yang digeruni, kini makin hilang sengat. Pada perlawanan minggu lepas, keputusan tidak memihak kepada mereka apabila kedua-dua perlawanan berakhir dengan keputusan seri.

Apabila ditanya kepada semua ahli kumpulan, rata-rata memberi alasan yang sama. "Midterm susah!." kata Khairul Izhar. Ini besar kemungkinan kesan sampingan kejutan apabila mendapat markah yang rendah dalam kertas Calculus yang baru sahaja dikeluarkan. Semua ahli kumpulan masih trauma untuk melihat markah masing-masing.

Pakar psikatri, Dr. Aiman Azlan pula mengatakan bahawa satu-satunya cara untuk memulihkan kembali semangat kumpulan ini adalah dengan memberi mereka minum secawan 'extra-pumped Iced Coffee' yang boleh didapati daripada lebih 3000 cawangan Tim Hortons di Canada, setiap hari dalam masa 2 minggu.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang dalam bentuk kewangan supaya ahli kumpulan ini dapat mengambil dos 'ubat' mereka, sila hubungi 991.

Muzakkir, penyerang.
Izhar, "Midterm susah!!"

Terukan membaca Futsal Masat 2010.

0 comments:

Post a Comment